Wednesday, January 6, 2010

Jenazah anakanda Harris disemadikan

Setelah selesai semua prosedur di balai polis dan hospital, Ummi dan Arwah Harris akan dihantar pulang ke Kelantan..Ambulans disediakan untuk menghantar Ummi dan jenazah Harris..Ummi akan di transfer ke Hospital Kota Bharu...Ummi dan arwah Harris ditempatkan di dalam satu ambulans...Abah mengiringi perjalanan kami..Dlm perjalanan pulang Ummi tak dapat menahan kesedihan apabila melihat sekujur tubuh Harris yg dibaluti kain putih...Sedikit kesan darah terdapat di kain putih bahagian kepala...Ummi tau itu kesan darah selepas post-mortem...

Ummi terpaksa menahan kesakitan di dalam ambulans..Perjalanan dr Hospital Kuala Lipis ke Rantau Panjang memakan masa agak lama...Di dalam ambulans Ummi x putus2 berdoa agar dikuatkan semangat dan diberi kesabaran.

Setelah sampai di kampung, family Ummi sudah bersiap sedia..Begitu ramai tetamu yg menyambutkan kepulangan jenazah anak Ummi yg tercinta..Ramai yg mengatakan arwah Harris seakan tidur..wajahnya tenang...suci bersih...itulah tetamu mu di dalam syurga Ya Allah...Ummi meminta agar dihantar ke hospital selepas semuanya selesai...
Tok ayah meminta izin untuk memangku cucu kesayangannya semasa proses memandikan jenazah...Seluruh isi rumah menyaksikan proses mengkafankan jenazah...

Selepas solat jenazah selesai begitu ramai tetamu yg mengiringi jenazah ke kubur...Setelah sumanya selesai, ambulans datang untuk membawa ummi ke hospital pasir mas..Sampai di hospital sekali lg ummi kena melakukan x-ray...Ya Allah betapa sakitnya badan Ummi..Setelah lama menunggu di wad kecemasan hospital, abah menghubungi KPJ Pakar Perdana KB..Ummi akan di transfer ke KPJ Pakar Perdana sbb disana Ummi lebih selesa..

Doktor di sana memberi kami dua pilihan sama ada Ummi perlu di bedah untuk memasukkan besi atau tunggu sehingga tulang bercantum dgn sendiri...Jika Ummi dibedah dan dimasukkan besi proses sembuh akan lebih cepat..tp Ummi memilih untuk biarkan ianya sembuh secara semulajadi...Selepas 4 malam bermalam di hospital, Ummi dibenarkan pulang..Tp Ummi masih blom boleh berjalan...

Terasa terhutang budi pada abah dan family kerana sanggup menjaga Ummi..Emosi Ummi masih blom stabil dan abah terpaksa kuat untuk memberi semangat pada Ummi..

8 comments:

  1. Salam
    Takziah. Sesiapa pun pasti akan sedih dengan keadaan akak. Namun berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Tenangkanlah hatimu. Mungkin Allah memilih kalian untuk ujian ini kerana Dia ingin menaikkan darjat keimanan kalian. InsyaAllah. Amin.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..

    takziah dr saya, semoga Allah menemukan kalian di syurga abadi..semoga akak cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  3. salam... setiap kali bukak blog u, i nangis... x sangka u dah update blog.... semoga terus tabah... u menjadi insan terpilih untuk menerima dugaan dari ALLAH... semoga cepat sembuh... iAllah, time will heal everything.... Harris is not to forgotten, but untuk dikenang dalam memori paling indah.... arwah akan setia menanti u di pintu syurga... salam takziah sekali lagi dari my family...

    ReplyDelete
  4. salam kenal... harap ummi trus trus tabah mghadapi dugaan dr Allah SWT.. smua y blaku pasti ada hikmahnya.. Harris adalah ahli syurga... semestinya pemergiannya demi memberi kesenangan buat umminya di akhirat kelak.. Percayalah... semuanya ada hikmah disebaliknya... Semoga Arwah Harris tenang di samping-NYa

    ReplyDelete
  5. salam ziarah....nangis sy membaca....ummi mmg insan terpilih yang di uji NYa...hanya org yang kuat dan tabah je leh hadapi...

    salam takziah..arwah harris mmg kupu2 syurga sampai bila2...

    ReplyDelete
  6. salam ziarah,

    takziah dari ita dan keluarga. semoga sepat sembuh dan tabah menghadapi ujian Allah...

    ReplyDelete