Wednesday, January 20, 2010

Rindu

Rindunya Ummi pada Harris...tak dapat nak gambarkan betapa rindunya Ummi pada keletah dan gelak tawa Harris..Harris tidak akan dilupakan sepanjang hidup Ummi tapi untuk dikenang dan sentiasa di hati Ummi...Allah telah anugerahkan ketenangan Abadi untuk anak Ummi yg tersayang...Ummi berbangga kerana memiliki seorang anak yg telah dijanjikan Allah syurga di sana...Semoga Ummi dan abah dipermudahkan Allah untuk menemuimu di sana nanti..

Sungguh besar dugaan yg Allah bagi untuk Ummi dan abah...Namun Ummi dan abah perlu tabah menghadapi ujian dari Allah ini..Ini adalah pengajaran buat Ummi bahawa apa yg kita ada dan miliki adalah MILIKNYA yg mutlak dan abadi...Ummi gembira walaupun Harris dipinjamkan hanya sekejap untuk Ummi dan abah...Ummi yakin pastinya Allah ada rancangan yg terbaik untuk Ummi dan abah...

Tidak salah untuk Ummi merinduimu sayang..namun Ummi perlu menyalurkan kerinduan pada Allah dan menangis menghadap yg ESA...Ummi perlu kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan...Pastinya Harris tidak mahu Ummi berterusan menangisi pemergiannya..Sedangkan Harris sedang berbahagia di syurga nan abadi..Dugaan ini menjadikan Ummi lebih kuat dan terasa lebih dekat kepadaNYA..

Berbahagialah anakandaku di syurga nan abadi...

Wednesday, January 13, 2010

Alhamdulillah...Pelangi mula menjelma

Alhamdulillah..Ummi dan abah benar2 gembira..Kami amat bersyukur padaMu Ya Allah...Dua tahun lepas berita ini juga memberi Ummi satu perasaan yg tak dapat digambarkan....Hanya Ummi dan abah saja yg mengetahui..Sebaik mengetahuinya Ummi menitiskan air mata..gembira, rindu dan berdebar...Terima kasih atas kurniaanMu...

Thursday, January 7, 2010

Terlalu Istimewa

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNya
Mendengar cerita
Segala rahsia

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa

Terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Wednesday, January 6, 2010

Jenazah anakanda Harris disemadikan

Setelah selesai semua prosedur di balai polis dan hospital, Ummi dan Arwah Harris akan dihantar pulang ke Kelantan..Ambulans disediakan untuk menghantar Ummi dan jenazah Harris..Ummi akan di transfer ke Hospital Kota Bharu...Ummi dan arwah Harris ditempatkan di dalam satu ambulans...Abah mengiringi perjalanan kami..Dlm perjalanan pulang Ummi tak dapat menahan kesedihan apabila melihat sekujur tubuh Harris yg dibaluti kain putih...Sedikit kesan darah terdapat di kain putih bahagian kepala...Ummi tau itu kesan darah selepas post-mortem...

Ummi terpaksa menahan kesakitan di dalam ambulans..Perjalanan dr Hospital Kuala Lipis ke Rantau Panjang memakan masa agak lama...Di dalam ambulans Ummi x putus2 berdoa agar dikuatkan semangat dan diberi kesabaran.

Setelah sampai di kampung, family Ummi sudah bersiap sedia..Begitu ramai tetamu yg menyambutkan kepulangan jenazah anak Ummi yg tercinta..Ramai yg mengatakan arwah Harris seakan tidur..wajahnya tenang...suci bersih...itulah tetamu mu di dalam syurga Ya Allah...Ummi meminta agar dihantar ke hospital selepas semuanya selesai...
Tok ayah meminta izin untuk memangku cucu kesayangannya semasa proses memandikan jenazah...Seluruh isi rumah menyaksikan proses mengkafankan jenazah...

Selepas solat jenazah selesai begitu ramai tetamu yg mengiringi jenazah ke kubur...Setelah sumanya selesai, ambulans datang untuk membawa ummi ke hospital pasir mas..Sampai di hospital sekali lg ummi kena melakukan x-ray...Ya Allah betapa sakitnya badan Ummi..Setelah lama menunggu di wad kecemasan hospital, abah menghubungi KPJ Pakar Perdana KB..Ummi akan di transfer ke KPJ Pakar Perdana sbb disana Ummi lebih selesa..

Doktor di sana memberi kami dua pilihan sama ada Ummi perlu di bedah untuk memasukkan besi atau tunggu sehingga tulang bercantum dgn sendiri...Jika Ummi dibedah dan dimasukkan besi proses sembuh akan lebih cepat..tp Ummi memilih untuk biarkan ianya sembuh secara semulajadi...Selepas 4 malam bermalam di hospital, Ummi dibenarkan pulang..Tp Ummi masih blom boleh berjalan...

Terasa terhutang budi pada abah dan family kerana sanggup menjaga Ummi..Emosi Ummi masih blom stabil dan abah terpaksa kuat untuk memberi semangat pada Ummi..

Sunday, January 3, 2010

Hospital Kuala Lipis

Ambulans ntar Ummi ke Hospital Kuala Lipis...Sampai jer kt sana..suma doktor dan nurse sudah bersiap sedia...Abah terus mencari Harris..Pakaian Ummi kena gunting...doktor dan nurse suma mengelilingi ummi..Ummi hanya ingat satu jer..Mcm mana keadaan Harris?Tetiba Ummi dgr abah meraung dan menjerit...Ummi bertanyakan doktor keadaan Harris tp doktor suruh Ummi pikirkan keadaan ummi dulu..Ummi diberi suntikan,darah ummi diambil untuk ujian..tp mcm biasa mmg susah nak masukkan drip atau nak amik darah...Doktor terpaksa amik drh di kaki ummi...Lepas tu Ummi dibawa ke bilik x-ray...

Selepas sumanya selesai doktor beritahu tulang selangka ummi patah..tulang pinggul terkehel sedikit...Tp tiada rawatan selain ubat penahan sakit..doktor cakap patah tulang selangka akan sembuh sendiri..Doktor cuma bersihkan luka-luka luaran dan sapu ubat...Untuk patah tulang pulak cuma pakaikan anduh tgn @ sling.

Ummi masih tertanya-tanya keadaan Harris..Ummi ditinggalkan sorang2 dlm bilik kecemasan...tetiba ummi terdengar perbualan doktor dan polis..Anak Ummi yg amat dikasihi telah menemui Illahi...Ummi rasakan dunia ni gelap gelita..Lidah Ummi kelu..

Apabila abah datang untuk melihat keadaan Ummi..Ummi sudah tau bahawa kata-kata doktor td adalah benar..Mata abah merah kesan tangisan...Abah masih cuba sembunyikan hal sebenar...tp Ummi sudah tau..Ummi menangis memanggil nama Harris...Ummi teringin sgt untuk memeluk dan mencium anak Ummi...

Pada pkul 2.00am sedara mara sebelah abah dan Ummi sampai dr Kelantan dan KL..Sebelum doktor melakukan bedah siasat...Ummi teringin sgt melihat wajah anak Ummi...Abah dtg sambil memangku Harris dlm balutan kain putih...Tak sanggup rasanya Ummi lihat keadaan Harris..Ummi gagahkan diri untuk peluk dan cium Harris..tp Ummi x berdaya untuk bgn...Doktor dan nurse tolong angkat Ummi untuk bgn menatap wajah anak kesayangan Ummi...Wajah Harris seakan tido..putih bersih...tiada luka2 lain selain lebam di sebelah atas dahi..Ummi tidak mahu doktor melakukan bedah siasat..tp itu prosedur hospital..tp bedah siasat akan dilakukan seminimum mungkin...hanya bahagian kepala sahaja kerana untuk mengesahkan sebab kematian...Doktor mengesahkan kematian disebabkan kecederaan kepala dan pendarahan dalam otak (severe head injury with intracranial bleeding).Harris pergi menemui penciptanya dlm tido kerana masa kemalangan dia sedang tdo..Selepas tercampak keluar dr keta mmg tak terdengar sedikit pun suara atau tangisan Harris..

Harris Nazhan, sesungguhnya dirimu telah dipilih oleh Allah untuk menjadi penghuni syurga.Semoga Ummi dan abah dipermudahkan Allah untuk menemuimu di dalam syurga...InsyaAllah...

Friday, January 1, 2010

tragedi 02/12/2009

Tarikh yg mungkin tak akan ummi lupakan seumur hidup..insan yg amat ummi kasihi telah menemui Illahi...Ummi masih ingat lg detik2 kejadian...Sememangnya Allah benar2 menguji keimanan dan kesabaran ummi sekeluarga..

Ummi telah resign keje..last day ummi 25/11/2009..Ummi bercadang nak rehat dulu sebulan sblm start cari keje tmpt lain...Ummi nak jadi surirumah dan jaga Harris sepenuh masa ummi sebulan tu..

Abah pun ada byk lg balance cuti..so kami bercadang nak cuti lama sket utk raya haji...Ummi dan abah dah berkira2 nak buat aqiqah utk Harris..Majlis aqiqah berjalan lancar..Ummi perasan karenah Harris lain sket bila blk kg kali ini..Harris asyik nangis jer..selalu jer peluk2 ummi..Tak nak main dgn sepupu dan sedara mara Harris..Mmg Harris manja sgt..x leh berenggang langsung ngan ummi dan abah...Ummi ngan abah bergilir2 la nak mkn,mandi..Ummi pun rasa pelik gak...
biasanya Harris mmg lincah..sejak dpt kaki ni x berhenti2 jalan, main..tp naper lain mcm jer...
Kami bercadang nak blk kl ari selasa 01/12/2009...tp Ummi demam plak...terpaksa la abah tunda blk keesokkan hari..lgpun abah mula keje ari khamis..
Pg rabu 02/12/09 tu..kesihatan ummi blom ok lg..ummi demam selsema,sakit tekak,sakit kepala...hujan pun turun lebat sgt..air dah melimpah dpn umah nenek...Ummi suruh abah yg jaga Harris sbb ummi risau nnti jangkit kt Harris..smbil2 tu ummi packing brg2 nak blk kl..Kami bercadang nak bertolak slps zuhur..
Pkul 2.30 ptg kami bertolak dr tumpat ke kl..Nenek duduk di depan, abah driver...ummi ngan Harris di seat belakang..Harris duduk dlm car seat dia...Ummi pakaikan Harris sweater dan stokin sbb ujan lebat dan sejuk aircond...
Dlm perjalanan tu Harris tdo nyenyak dlm car seat..Smpai di gua musang..kami berhenti mkn dan sembahyang..Harris mkn nasi sup..mmg berselera dia mkn...seronok ummi tgk Harris mkn.
Kami meneruskan perjalanan..tiba2 Harris merengek dlm car seat dia...Ummi bg susu dia tak nak,ummi bg puting kosong pun dia xnak...dia angkat tgn nak kluar dr car seat...
Ummi x sampai ati tgk Harris nangis..Ummi kluarkan Harris dr car seat...Harris tersengeh2...Harris peluk Ummi kuat2...cium Ummi..Ummi pun pelik gak..Ummi pun cium dan peluk Harris..Harris mmg nak duduk dlm pelukan Ummi jer...
Smpai di Petronas ummi suruh abah bukak car seat letak di belakang..sbb Harris nak tdo..masa tu dah pkul 8mlm..Abah hamparkan toto kecik Harris kt tepi ummi..Harris masih dlm pelukan Ummi..Abah teruskan perjalanan..Harris tertido dlm pelukan Ummi..Ummi letak Harris atas toto tepi Ummi..
Tetiba jer ummi tgk ada cahaya lampu keta lain kt cermin depan keta...ummi menjerit..Keta berlanggar, berpusing dan sebelah tepi belakang keta menghentam penghadang jalan..Ummi terasa melayang keluar...Ummi tak sempat nak capai dan peluk Harris kuat-kuat...Ummi dan Harris tercampak keluar dari keta..Ummi sedar2 jer Harris dah terlungkup sebelah Ummi..Ummi cuba gagahkan diri utk pangku Harris tp Ummi tak berdaya....Ummi x bleh bgn..Maafkan Ummi sbb tak sempat nak peluk Harris...
Abah kluar dr keta dan cr ummi dan Harris di seat blakang..Tp kami takde...rupa-rupanya abah tak sedar kami tercampak kluar...Abah nampak jer kami terus meluru angkat Harris...Abah meraung..Ramai gak keta yg benti..diorang tolong ntar Harris ngan nenek ke hospital..Abah ngan nenek cuma cedera ringan..Ummi terpaksa tunggu ambulans datang sbb diorang x berani nak angkat ummi..Ummi rasa mcm pening2 lalat...seluruh tubuh xleh bergerak..abah x putus2 berdoa masa dlm ambulans...