Sunday, January 3, 2010

Hospital Kuala Lipis

Ambulans ntar Ummi ke Hospital Kuala Lipis...Sampai jer kt sana..suma doktor dan nurse sudah bersiap sedia...Abah terus mencari Harris..Pakaian Ummi kena gunting...doktor dan nurse suma mengelilingi ummi..Ummi hanya ingat satu jer..Mcm mana keadaan Harris?Tetiba Ummi dgr abah meraung dan menjerit...Ummi bertanyakan doktor keadaan Harris tp doktor suruh Ummi pikirkan keadaan ummi dulu..Ummi diberi suntikan,darah ummi diambil untuk ujian..tp mcm biasa mmg susah nak masukkan drip atau nak amik darah...Doktor terpaksa amik drh di kaki ummi...Lepas tu Ummi dibawa ke bilik x-ray...

Selepas sumanya selesai doktor beritahu tulang selangka ummi patah..tulang pinggul terkehel sedikit...Tp tiada rawatan selain ubat penahan sakit..doktor cakap patah tulang selangka akan sembuh sendiri..Doktor cuma bersihkan luka-luka luaran dan sapu ubat...Untuk patah tulang pulak cuma pakaikan anduh tgn @ sling.

Ummi masih tertanya-tanya keadaan Harris..Ummi ditinggalkan sorang2 dlm bilik kecemasan...tetiba ummi terdengar perbualan doktor dan polis..Anak Ummi yg amat dikasihi telah menemui Illahi...Ummi rasakan dunia ni gelap gelita..Lidah Ummi kelu..

Apabila abah datang untuk melihat keadaan Ummi..Ummi sudah tau bahawa kata-kata doktor td adalah benar..Mata abah merah kesan tangisan...Abah masih cuba sembunyikan hal sebenar...tp Ummi sudah tau..Ummi menangis memanggil nama Harris...Ummi teringin sgt untuk memeluk dan mencium anak Ummi...

Pada pkul 2.00am sedara mara sebelah abah dan Ummi sampai dr Kelantan dan KL..Sebelum doktor melakukan bedah siasat...Ummi teringin sgt melihat wajah anak Ummi...Abah dtg sambil memangku Harris dlm balutan kain putih...Tak sanggup rasanya Ummi lihat keadaan Harris..Ummi gagahkan diri untuk peluk dan cium Harris..tp Ummi x berdaya untuk bgn...Doktor dan nurse tolong angkat Ummi untuk bgn menatap wajah anak kesayangan Ummi...Wajah Harris seakan tido..putih bersih...tiada luka2 lain selain lebam di sebelah atas dahi..Ummi tidak mahu doktor melakukan bedah siasat..tp itu prosedur hospital..tp bedah siasat akan dilakukan seminimum mungkin...hanya bahagian kepala sahaja kerana untuk mengesahkan sebab kematian...Doktor mengesahkan kematian disebabkan kecederaan kepala dan pendarahan dalam otak (severe head injury with intracranial bleeding).Harris pergi menemui penciptanya dlm tido kerana masa kemalangan dia sedang tdo..Selepas tercampak keluar dr keta mmg tak terdengar sedikit pun suara atau tangisan Harris..

Harris Nazhan, sesungguhnya dirimu telah dipilih oleh Allah untuk menjadi penghuni syurga.Semoga Ummi dan abah dipermudahkan Allah untuk menemuimu di dalam syurga...InsyaAllah...

35 comments:

  1. takziah...semoga haris aman di sana...tabah ya kak...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..kuatkanlah semangat mamaharris..smoga harris aman di sana..syurga untuknya sudah pasti..
    takziah..saya xdapat bayangkan kalu saya ditempat awak..

    ReplyDelete
  3. Arwah Harris pasti tersenyum di Syurga...sedih saya baca entri ini, semoga tabah ya. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. ~ Kuatkan semangat.. tabahkan hati. InsyaAllah, Harris akan nantikan ibubapanya di syurga ~

    ReplyDelete
  5. Inalillahiwainnailaihirajiun..
    astaghfirullahalazim , sedihnya fida bace khabar ini.
    semoga ummi tabah. Alfatihah .

    ReplyDelete
  6. menangis ore baca entry ni naz..Kita sama2 ada anak kecik..blh tau cmana perasaan naz..cuma ALLAH lebih menyayangi Harris..moga naz tabah.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah Ya Tuhan ku,
    Engkau berikan lah kekuatan kepada ummi dan abah Harris utk menempuh dugaan yang Engkau berikan ini..Permudahkan la segala urusan dan cekal kan la hati mereka Ya Allah,Kembalikan lah semangat mereka utk menempuh hari-hari Mu..
    amin..

    ReplyDelete
  8. Salam takziah ummi harris, semoga tabah menghadapi dugaan. Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  9. Takziah...
    Sungguh besar ujian untuk anda sekeluarga. Semoga diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk menghadapi ujian dan dugaan sebesar ini.
    Amin.

    ReplyDelete
  10. naz..iza sedih baca cite naz..takziah naz

    ReplyDelete
  11. naz, no words for u.

    aku yg takdak anak ni pon terkedu.
    nak suh sabar, bila aku pk balik duk tmpat mung bleh ke aku sabar?
    nak suh tabah, klu aku?

    apa2 pon. ada hikmah atas segala kejadian Allah.

    have a enough rest ya!

    alFatihah.

    ReplyDelete
  12. salam takziah nazz..sedih zie bc luahan hati sorg ibu yg khilangan anak yg tsayang ni..zie fhm prasaan nazz..sbr la nazz..insyallah harris mnunggu nazz d syurga sana..Al-fatihah buat arwah Harris..

    ReplyDelete
  13. Naz..
    speechless..x taww nk ckp ape sbnrnyer..mmg sedih sgt baca entry nie ngn entry sblm nie.. smoga Naz tabah hadapi dugaan Allah..Harris pasti jd bidadara syurga dan akn menanti ummi & ayah dia di sana..

    al fatihah utk arwas Harris Nazhan..

    ReplyDelete
  14. Salam.
    Buat ummi Harris..Moga tabah dan kuat hadapi dugaan Allah. Membaca entry ini membuatkan saya sedar betapa besarnya nikmat Allah memberikan kita anak-amanah Allah.

    ReplyDelete
  15. salam takziah naz.. kami semua faham perasaan naz.. tabah kan hati.. kuat kan semangat... itu jer yg aida dpt ckp... mungkin ada hikmah disebaliknyer.... insyallah harris akan aman disana... nama anak aida pon harris..

    ReplyDelete
  16. Sis,
    takziah n al-fatihah.You know the pepatah"berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul", so I guess I dont have anything to say.Be strong and take care.

    ReplyDelete
  17. salam takziah..moga ummi dan ayah harris terus diberi ketabahan dan kekuatan

    amin

    ReplyDelete
  18. takziah atas kehilangan ini. sungguh berat dugaan buat umi harris, semoga tabah menghadapi hidup tanpa harris di sisi. insya Allah arwah Harris menunggu ummi & ayahnya di syurga kelak

    ReplyDelete
  19. salam naz..
    sedih..cara kemalangan harris amat memilukan walaupun harris sedang tidur pada masa tu..semoga harris tidak merasakan sebarang kesakitan sebelum dia menemui Ilahi..
    tabahkan hati..
    semoga naz & husband dapat pengganti..

    ReplyDelete
  20. takziah buat ummi harris...tabahkanlah hati....al-fatihah buat harris...

    ReplyDelete
  21. takziahnyer...tabahkan hati..
    Allh sygkan anda skeluarga...

    ReplyDelete
  22. Ya Allah..smoga tuhan kuatkan hati ummi n abah harris...

    ReplyDelete
  23. Salam...
    Allahuakhbar...menitik airmata bc kisah ni...terus terbayang wajah anak saya...x dpt nk digmbrkan perasaan ummiharis ketika itu dan mgkn skrg ni msih lg bersedih...Apa yang dpt ibu ucapkan hanya la sabar n redha atas segalanye...Harri pasti menunggu ummi dia dipintu syurga...

    ReplyDelete
  24. Tabahkan hati yer...Allah lebih menyayangi arwah...Harris akan tunggu ummi & ayah dia kat pintu syurga...

    ReplyDelete
  25. takziah... smoga ummi harris tabah yer.. Al-Fatihah utk arwah adik Harris..

    ReplyDelete
  26. takziah buat awk sekeluarga saya sgt2 sedih baca kisah ni

    ReplyDelete
  27. takziah naz..semoga naz tabah dgn ujian drNya..

    ReplyDelete
  28. Takziah daripada saya.saya akan doakan supaya Allah memberikan lebih kekuatan dan kesabaran kepada UmiHarris, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  29. takziah dari saya ummiharis.. menitik air mata saya baca kisah nih..semoga ummi haris sekeluarga tabah dengan dugaan ini... insyaAllah, Haris menunggu ummi dan abahnya di syurga.. aminnnn

    ReplyDelete
  30. takziah,sungguh menyayat hati,semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete