Ambulans ntar Ummi ke Hospital Kuala Lipis...Sampai jer kt sana..suma doktor dan nurse sudah bersiap sedia...Abah terus mencari Harris..Pakaian Ummi kena gunting...doktor dan nurse suma mengelilingi ummi..Ummi hanya ingat satu jer..Mcm mana keadaan Harris?Tetiba Ummi dgr abah meraung dan menjerit...Ummi bertanyakan doktor keadaan Harris tp doktor suruh Ummi pikirkan keadaan ummi dulu..Ummi diberi suntikan,darah ummi diambil untuk ujian..tp mcm biasa mmg susah nak masukkan drip atau nak amik darah...Doktor terpaksa amik drh di kaki ummi...Lepas tu Ummi dibawa ke bilik x-ray...
Selepas sumanya selesai doktor beritahu tulang selangka ummi patah..tulang pinggul terkehel sedikit...Tp tiada rawatan selain ubat penahan sakit..doktor cakap patah tulang selangka akan sembuh sendiri..Doktor cuma bersihkan luka-luka luaran dan sapu ubat...Untuk patah tulang pulak cuma pakaikan anduh tgn @ sling.
Ummi masih tertanya-tanya keadaan Harris..Ummi ditinggalkan sorang2 dlm bilik kecemasan...tetiba ummi terdengar perbualan doktor dan polis..Anak Ummi yg amat dikasihi telah menemui Illahi...Ummi rasakan dunia ni gelap gelita..Lidah Ummi kelu..
Apabila abah datang untuk melihat keadaan Ummi..Ummi sudah tau bahawa kata-kata doktor td adalah benar..Mata abah merah kesan tangisan...Abah masih cuba sembunyikan hal sebenar...tp Ummi sudah tau..Ummi menangis memanggil nama Harris...Ummi teringin sgt untuk memeluk dan mencium anak Ummi...
Pada pkul 2.00am sedara mara sebelah abah dan Ummi sampai dr Kelantan dan KL..Sebelum doktor melakukan bedah siasat...Ummi teringin sgt melihat wajah anak Ummi...Abah dtg sambil memangku Harris dlm balutan kain putih...Tak sanggup rasanya Ummi lihat keadaan Harris..Ummi gagahkan diri untuk peluk dan cium Harris..tp Ummi x berdaya untuk bgn...Doktor dan nurse tolong angkat Ummi untuk bgn menatap wajah anak kesayangan Ummi...Wajah Harris seakan tido..putih bersih...tiada luka2 lain selain lebam di sebelah atas dahi..Ummi tidak mahu doktor melakukan bedah siasat..tp itu prosedur hospital..tp bedah siasat akan dilakukan seminimum mungkin...hanya bahagian kepala sahaja kerana untuk mengesahkan sebab kematian...Doktor mengesahkan kematian disebabkan kecederaan kepala dan pendarahan dalam otak (severe head injury with intracranial bleeding).Harris pergi menemui penciptanya dlm tido kerana masa kemalangan dia sedang tdo..Selepas tercampak keluar dr keta mmg tak terdengar sedikit pun suara atau tangisan Harris..
Harris Nazhan, sesungguhnya dirimu telah dipilih oleh Allah untuk menjadi penghuni syurga.Semoga Ummi dan abah dipermudahkan Allah untuk menemuimu di dalam syurga...InsyaAllah...
Sunday, January 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)







