Tuesday, November 8, 2011

Al-fatihah kepada arwah birasku

Dah lama Ummi x update blog ni..sebenarnya Ummi xde masa..keje skrg ni amatlah banyak...tu pun asyik kena marah ngan bos jer..Ummi kena buat byk2 keje..rasa mcm x termampu..bila Ummi bgtau bos, Ummi dah x sanggup jadi Team Lead dan dalam masa yg sama Ummi juga kena buat keje lain...tapi bos bgtau Ummi dia percaya Ummi boleh buat..hmm..nak wat camne..terpaksa la terima...

Ni Ummi nak citer kisah biras Ummi iaitu mak lang Zharief yang telah kembali ke rahmatullah tanggal 18/9/2011 yg lalu...Masa tu x silap Ummi kita cuti 3 hari sempena cuti apa ntah..Ummi dah lupa..Ummi x blk kg pun sbb abah keje dan 18hb tu Ummi ada training dan exam selama seminggu..ptg ahad tu abah terima panggilan daripada nenek mengatakan mak lang masuk hospital...keadaan agak kritikal..Ummi sudah syak sesuatu...sebelum ni mak lang pernah dimasukkan ke hospital kerana kandungan luar rahim..dan salah satu tiub fallopio dia telah dibuang..

Masa blk kampung pada hari raya puasa aritu Ummi syak mak lang pregnan lg..tp dia x warwar kan takut peristiwa lama berulang kembali..bila Ummi dan abah dah blk KL baru la nenek bgtau mak lang pregnan lg...terus Ummi suruh nenek bgtau mak lang supaya jumpa pakar awal2 sbb takut sejarah berulang...Ummi terus suruh scan supaya kita tau kandungan tu dalam rahim atau luar rahim...nenek ckp mak lang dah pegi klinik..tp xtau apa result dia sbb mak lang x bgtau..

Bila dapat panggilan mengatakan mak lang dah masuk wad ICU, Ummi dah syak sesuatu..ini mesti kandungan luar rahim..dan doktor ckp keadaannya agak kritikal..Ummi dah syak bahawa kandungan tersebut telah pecah...Ummi, abah, dan kakak2 abah yg ada di KL ni cuma menunggu berita dari kampung..sehingga la pada pkul 10 mlm abah terima panggilan bahawa mak lang telah kembali ke rahmatullah...Ummi amat terkedu..rasa mcm tak percaya apa yg berlaku...semuanya sekelip mata...Kami semua terus balik kampung mlm tu jugak..dalam perjalanan, Ummi dan abah tak bercakap dan masing2 kelu..Ummi kesian dengan adik ipar Ummi iatu adik abah..mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga dan baru mula hidup bahagia..mak lang mmg teringin sgt baby..sbb tu masa 1st pregnancy dia excited sgt2..tp tuhan lebih sayangkannya...

Cerita yg Ummi tau, mak lang dan pak lang dah pegi jumpa doktor pakar..bila doktor scan, mmg x nampak kantung baby...klau ikut dari LMP dia dah 7minggu..sepatutnya dah nampak kantung baby...doktor bg tempoh lg seminggu untuk scan balik...namun x sempat pegi mak lang dah kembali ke rahmatullah...yang Ummi terkilan, doktor tersebut doktor yg sama operate mak lang masa kandungan luar rahim yg pertama dulu..klau 2nd pregnancy ni scan x nampak jugak, sepatutnya dia buat la sesuatu contoh nya scan dari bawah ke atau buat pemeriksaan lanjutan..tp nak buat mcm mana..takdir sudah tersurat...mak lang xde langsung tanda2 sakit luar rahim..x mcm kandungan dia sebelum ni yg ada tanda2 bleeding dan sakit perut...cuma pada hari kejadian, mak lang mengadu sakit perut pada husband dia pkul 11 pg...husband dia blk dari tempat keje..nenek dan pakcik terus ke umah mak lang...nak bawak mak lang ke hospital, tp mak lang x nak pegi...sampai la pkul 4ptg mak lang dah sakit sgt2...pakcik dan nenek dan pak lang usung bwk mak lang pegi HUSM..HUSM cuma beberapa minit shj dar umah mak lang...

Sampai di hospital, doktor ckp peluang mak lang cuma 50-50..masa tu mak lang dah x sedarkan diri..doktor bgtau degupan jantung mak lang dah berhenti berdenyut...skrg terpaksa menggunakan mesin hayat..bila di periksa, kandungan luar rahim tersebut telah pecah dan merebak ke organ lain..namun doktor tidak boleh buat pembedahan untuk buang rahim kerana degupan jantung yg masih tidak normal...sehingga pkul 8.30mlm, doktor mintak tanda tangan pak lang untuk melakukan pembedahan buang rahim memandangkan degupan jantung mak lang semakin normal...namun bila ingin di sorong ke bilik pembedahan, degupan jantung drop balik...doktor bgtau pak lang, peratus pembedahan ini cuma 20%..iaitu jika dibuat pembedahan, peratus berjaya cuma 20% dan jika tidak dibuat pembedahan mak lang hanya mampu bertahan 2-3jam sahaja..pak lang mengambil keputusan yg amat berat..tidak mahu melakukan pembedahan..biarlah jasadnya dalam keadaan sempurna..lebih kuran 9.40mlm..mak lang telah kembali ke rahmatullah...sungguh berat dugaan yg terpaksa pak lang tempuhi...

6 comments:

  1. Alfatihah...semoga rohnya dicucuri rahmatNYA

    ReplyDelete
  2. Alfatihah.. semoga rohnya tenang di sana dan bersama golongan yang beriman.. amin.

    ReplyDelete
  3. alfatihah. Allah lbh menyayangi arwah. ila minta link ke blog ye. ila dulu pun slh seorg yg ectopic pregnancy, alhamdulillah ila msmpt dioperate lbh awl.

    ReplyDelete
  4. from blom mykhalish...innalillah,,ya allah sedihnya wiyah baca ni, pengalaman yg sama wiyah alami..tiub folopio wiyah juga pecah tapi alhamdulillah disebabkan wiyah xmkn since dr pagi so operation boleh diteruskan on the spot..doc pon ckp 50-50 alhamdulillah syukur diberi peluang lagi utk hidup walaupon hampir 1 hari x sedar selepas operation..Semoga rohnya dicucuri rahmat! amin

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah,
    sedih baca cerita ni...
    semoga umi sekeluarga terus tabah....

    ReplyDelete
  6. Alfatihah. Kes ni sama macam kes aini. Masa tu dah pecah dan darah dah pun banyak keluar kat dalam. Kalau baring flat, memang darah akan naik ke organ lain. Tapi Alhamdulillah, Allah masih bg peluang untuk hidup. Operation berjaya selepas 1 jam dan 2 bulan lepas tu, aini disahkan pregnant lagi. Pakar yang operate tu buat TVS untuk pastikan kedudukan janin. Masa tu usia janin 7 minggu. Alhamdulillah, kali ini semuanya normal. Syukur. Alfatihah sekali lagi buat arwah.

    ReplyDelete