Thursday, August 4, 2011

Seorang lagi penghuni syurga di bulan ramadhan yg mulia

Pg td Ummi dapat berita anak ofismate (Kak Anis) Ummi meninggal..terkejut sangat..tetiba rasa lemah diri ini..teringat arwah anak Ummi yg dikasihi..Kak Anis baru bersalin 2 minggu lepas..anak dia meninggal sebab lung infection..baby baru berusia 2minggu..lps dapat berita tu terus Ummi dan beberapa ofismate pegi ziarah dia..anaknya meninggal pkul 4pg td..baby Muhammad Aqmal Syamil dikebumikan kul 10pg..kitorang sampai dah lewat lebih kurang pkul 12tgh..

Dah sampai rumah Kak Anis..Ummi sebak melihat keadaan dia yg lemah..dah la masih dalam pantang..baru 2 minggu..Muhammad Aqmal Syamil merupakan anak pertama Kak Anis selepas beberapa kali gugur sebelum tu..mengandungkan arwah ni, Kak Anis ada byk komplikasi iaitu diabetes, uri dibawah dan lebih menyedihkan mulut arwah sumbing..sebelum bersalin, sebulan Kak Anis duk hospital sebelum diberi tarikh utk c-zer..sempat gak la Ummi ziarah dia di HUKM sebanyak 2x iaitu sebelum bersalin dan selepas bersalin...Ummi cuma dpt melihat arwah Aqmal dari jauh waktu tu sbb arwah masih dlm pengawasan doktor waktu tu..

Selepas bersalin arwah Aqmal dia tiada apa2 komplikasi dan terus boleh balik rumah..tp selepas itu arwah kena demam kuning dan dibawa ke HKL..duk bawah lampu di HKL selama 2 hari dan dibenarkan pulang..Ummi xtau sgt cerita yang lebih detail..yang Ummi tau lepas tu Aqmal batuk2 dan nafas dia bunyi kahak..bila dibawa ke klinik kesihatan, doktor ckp lung dia clear..boleh balik rumah..tp satu hari tu Kak Anis perasan baby Aqmal kencing berdarah..terus bawak pegi hospital bahagian emergency..namun terkilan sbb terpaksa tunggu giliran..sementara menunggu giliran, baby Aqmal telah biru..lepas tu baru lah nurse2 dan doktor2 terkecoh2...bila Ummi dengar mcm tu, rasa sakit ati plak dengan servis hospital gomen ni..bknnya Ummi nak kondem ngan hospital gomen, tp Ummi ada byk pengalaman pahit dgn hospital gomen ni..mmg da tersurat bahawa umur dia setakat tu..kita terima je la..

Sebak melihat asben Kak Anis yg cuba sembunyikan kesedihan dia dengan membuat lawak..asben Kak Anis mmg seorang yang lawak..tp dari air mukanya Ummi tau dia sebenarnya sembunyikan rasa sedih tu sbb dia perlu tunjuk kuat untuk bagi semangat pada Kak Anis..tp lama kelamaan..nampak juga titisan airmata di hujung matanya...

Ummi benar2 memahami kesedihan yang ditanggung keluarga kak Anis..Allah cuma bg izin Kak Anis dan asben merasai tangisan baby selama 14 hari..memang berat dugaan ini..tp Allah hanya menduga hambanya yang mampu..insyaAllah, akan ada pengganti Muhammad Aqmal Syamil nnti..

Kuat la wahai sahabatku..sesungguhnya Muhammad Aqmal Syamil sudah menjadi bidadara syurga..dia sedang menunggu Ummi dan ayahnya di sana..insyaAllah..

6 comments:

  1. AL-fatihah utk ahli syurga...
    smoga k.anis & asben terus tabah ye...
    mmg menyentuh jiwa...sungguh...

    ReplyDelete
  2. alfatihah...bidadara syurga tenang di sana...semoga keluarga arwah tabah

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..sedihnya Nass, harap akak opis hang bsabar weh.. huhu..spital gomen mmg gitula..aku suggest kalo mmg emergency bawa p private..

    ReplyDelete
  4. saya fobia dgn horpital putrajaya.servis lembab gilerr

    ReplyDelete
  5. al-fatihah .. takziah buat kak anis. Memang berat dugaan yang dihadapi dikala ramadhan menjelang.

    ReplyDelete
  6. al fatihah bt anak itu..smoga mnjd peneman syurga bt ibubapa nya..amin..

    ReplyDelete